Djuanda Kartawidjaja

Djuanda Kartawidjaja
Perdana Menteri Indonesia
Dalam jawatan
9 April 1957 – 9 Julai 1959
PresidenSukarno
Didahului olehAli Sastroamidjojo
Digantikan olehSukarno
Menteri Kewangan Indonesia
Dalam jawatan
10 Julai 1959 – 6 Mac 1962
PresidenSukarno
Didahului olehSutikno Slamet
Digantikan olehR. M. Notohamiprodjo
Menteri Pertahanan Indonesia
Dalam jawatan
9 April 1957 – 9 Julai 1959
PresidenSukarno
Didahului olehAli Sastroamidjojo
Digantikan olehAbdul Haris Nasution
Menteri Kerja Raya Indonesia
Dalam jawatan
29 Januari 1948 – 4 Ogos 1949
PresidenSukarno
Didahului olehHerling Laoh
Digantikan olehHerling Laoh
Menteri Pengangkutan Indonesia
Dalam jawatan
6 September 1950 – 30 Julai 1953
PresidenSukarno
Didahului olehMananti Sitompul
Digantikan olehAbikoesno Tjokrosoejoso
Dalam jawatan
2 Oktober 1946 – 4 Ogos 1949
PresidenSukarno
Didahului olehEndun Abdul Karim
Digantikan olehHerling Laoh
Maklumat peribadi
Lahir(1911-01-14)14 Januari 1911
Tasikmalaya, Hindia Timur Belanda
Mati7 November 1963(1963-11-07) (umur 52)
Jakarta, Indonesia
Cause of deathSerangan jantung
KewarganegaraanIndonesia
Bidang pengkhususanTeknokrat

Raden Tun Djuanda Kartawidjaja (14 Januari 1911 Tasikmalaya, Jawa Barat – 7 November 1963 Jakarta) ialah Perdana Menteri Indonesia ke-11 dan terakhir. Namanya diabadikan menjadi sebuah nama lapangan terbang di Surabaya yaitu Lapangan Terbang Juanda Surabaya. Ia memegang jawatan dari 9 April 1957 hingga 9 Julai 1959. Setelah itu ia memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Kerja I. Sumbangannya yang terbesar dalam tempoh jawatannya adalah Deklarasi Djuanda 1957 yang menyatakan bahwa laut Indonesia adalah termasuk laut sekitar, di antara dan di dalam kepulauan Indonesia menjadi satu kesatuan wilayah NKRI (Negara Kesatuan Republik Indonesia) atau dikenal dengan sebutan sebagai negara kepulauan dalam konvensyen undang-undang laut United Nations Convention on Law of the Sea (UNCLOS).

Djuanda memimpin para pemuda mengambil-alih Jawatan Kereta Api dari Jepun. Disusul pengambil-alihan Jawatan Pertambangan, Kotapraja, Keresidenan dan peralatan ketenteraan di Gudang Utara Bandung. Kemudian pemerintah Indonesia mengangkat Djuanda sebagai Kepala Jawatan Kereta Api untuk wilayah Jawa dan Madura. Setelah itu, dia diangkat menjabat Menteri Perhubungan. Beliau pun pernah menjabat Menteri Pengairan, Kemakmuran, Keuangan dan Pertahanan. Beberapa kali dia memimpin perundingan dengan Belanda. Di antaranya dalam Perundingan KMB, dia bertindak sebagai Ketua Panitia Ekonomi dan Keuangan Delegasi Indonesia. Dalam Perundingan KMB ini, Belanda mengakui kedaulatan pemerintahan RI. Djuanda pernah ditangkap oleh tentara Belanda ketika Agresi Militer II pada 19 Disember 1948. Beliau dipesan agar bersedia untuk ikut dalam pemerintahan Negara Pasundan. Tetapi beliau menolak. Beliau seorang abdi negara dan masyarakat yang bekerja melampaui batas panggilan tugasnya. Mampu menghadapi tantangan dan mencari solusi terbaik demi kepentingan bangsa dan negaranya. Karya pengabdiannya yang paling strategik adalah Deklarasi Djuanda 13 Disember 1957.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by razib.in